Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera buat semua
Tentunya sekarang semua guru yang mengisi markah prestasi melalui SPPBS berkeluh-kesah.
Masa semakin suntuk , namun server semakin lembab. Berputar seperti roda, malah berulangkali meminta pengguna log in semula.
Ada guru yang berjaya memasukkan markah, itupun setelah bersengkang mata seawal jam 1 pagi hinggalah jam 5 pagi.
Saya tidak terkecuali.
Di laman facebook, bertali arus keluh kesah dan luahan rasa menyatakan kekecewaan terhadap sistem. Yang 'menariknya', guru yang akaun fb nya tidak aktif, tiba-tiba muncul gara-gara SPPBS.
Saya sendiri telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada seorang suami yang prihatin dengan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh isterinya. Si isteri menangis kerana SPPBS! Masya-Allah.... Saya turut terharu dan simpati, namun, saya juga mengalami masalah yang sama.
Secara peribadi, saya sangat menyokong PBS di sekolah. Jika dihayati dan diamati serta diperhalusi, PBS adalah lebih baik dan adil berbanding 'exam oriented'.
Namun, manfaat dan kebaikannya telah dicemarkan oleh sistem online yang kurang efisyen.
Saya berharap, jika Pihak Lembaga Peperiksaan membaca coretan saya ini, kami para guru mohon dipanjangkan tempoh pengisian markah , sementara pihak lembaga memperbaiki urusan server.
Saya berkeyakinan tinggi, masalah ini dapat diselesaikan sepertimana SAPS , ketika mula-mula diperkenalkan turut menghadapi masalah yang sama. Dan Alhamdulillah, SAPS sudah di upgrade malah sangat banyak manfaatnya kepada para guru dan pengurusan sekolah.
Mudah-mudahan!
support Cik Ma kat sini
BalasPadamTerim ka sih Cik Atie :)
BalasPadamsangat2 setuju.. harap2 ada perubahan
BalasPadampersoalannya kenapa ada sekolah yang melaksanakan ujian prestasi 1 dan 2 serta peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun....bukankah membuang masa?
BalasPadammasih ada guru belum dijelaskan bahawa 2014 nanti pelajar tingkatan 3 akan menghadapi pentaksiran jangka pendek iaitu peperiksaan dari pihak lembaga cth: subjek sains masih ada lagi kertas 1 dan kertas 2, cuma kertas objektifnya ada pelbagai bentuk...harap semua guru sm ambil kisah hal ini....
BalasPadam