24 Jan 2015

Tilawah T4: Manusia Perlu Bersyukur

Assalamualaikum wbt

Berikut adalah 'hasil tangan' pelajar pelajar Tingkatan 4 Topaz dan 4 Amber dalam membina peta i-Think dalam kelas. 

Peta yang ditulis dengan jelas, kemas dan berwarna-warni dapat memudahkan orang lain membacanya serta menarik perhatian. 

Syabas dan tahniah ustazah ucapkan. 

Semoga bermanfaat.
















Sekian, terima kasih.

9 Jan 2015

Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Islam 2015

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sesi persekolahan tahun 2015 bakal menjelma. Saya ingin mengucapkan selamat menyebarkan ilmu buat semua rakan guru yang dikasihi Allah SWT sekalian. 

Tekadkan azam untuk terus mendidik ummah kerana Allah Ta'ala. Teruskan semua amalan yang baik, perbaiki semua kelemahan yang lalu dan teruskan usaha murni kita dalam membina modal insan yang berguna di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan setiap usaha kita diterima Allah sebagai amalan yang memberatkan timbangan Al-Mizan di akhirat kelak.

Buat rakan guru yang menghadapi ujian dan musibah banjir, saya doakan semoga tabah dan kuat hati untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Semuanya telah berlaku dengan kuasa dan izin Allah jua. Sebagai hamba-Nya yang lemah, sama-samalah kita bermohon supaya Allah melebarkan kasih sayang-Nya , agar kita semua diberkati dan mendapat rahmat-Nya.

Kepada rakan-rakan guru Pendidikan Islam sekolah menengah yang masih belum memiliki Rancangan Pelajaran Tahunan 2015, bagi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, bolehlah meletakkan emel anda ruangan komentar di bawah. 

Insya-Allah saya akan emelkan malam ini sebelum jam 12 malam bi iznillah Ta'ala.

Sekalung penghargaan buat Ustazah Nurul Liyana dari SMK La Salle Sentul , Kuala Lumpur kerana sudi berkongsi RPT T1 dan RPT T2 buat kita semua. 

Juga sekalung penghargaan jua buat rakan guru  dan GC Pendidikan Islam Negeri Selangor kerana telah bertungkus-lumus menyiapkan RPT tingkatan 4 dan Tingkatan 5 bagi tahun 2015.

Semoga usaha kalian mendapat pahala di sisi Allah Rabbul Izzati.

Jazakumullah khairan jaza'

~ Robbi yassir wa la tu'assir ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...