25 Nov 2012

Naiktaraf Surau Sekolah : Menjadi Saham Akhirat Hendaknya

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua rakan guru? Hampir sebulan sudah kita bercuti. Masing-masing punya perancangan sendiri. Balik kampung, melancong, mencuba resepi baru, Ops Bersih :), malah ada rakan guru yang mengambil peluang cuti ini untuk memurnikan instrumen PBS Tingkatan 1. 
Syabas saya ucapkan. 

Bagi saya sendiri, serasanya masih belum bercuti penuh. Saya masih lagi menguruskan kerja-kerja di sekolah. Projek saya yang sedang berlangsung ialah Naiktaraf Surau Sekolah .

Saya melancarkan Tabung Surau Sekolah dengan tema : Saham Akhirat Dengan Seringgit  untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut.

Jika anda berminat untuk menginfakkan sedikit harta dunia untuk saham di akhirat, sumbangan anda amatlah saya alu-alukan.


Jika anda bercadang untuk melakukan Projek Naiktaraf Surau di sekolah, saya sedia berkongsi maklumat dan kertas kerja. 

Semoga amal jariah dan usaha kita yang sedikit ini , ada nilainya di sisi Allah SWT. 


TABUNG SURAU SEKOLAH
SMK ST. GABRIEL, KUALA LUMPUR

"SAHAM AKHIRAT DENGAN SERINGGIT"
 

MARYATI MOHD AMIN
MAYBANK: 164548059224
 

8 Nov 2012

SPPBS oh SPPBS!

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera buat semua

 Tentunya sekarang semua guru yang mengisi markah prestasi melalui SPPBS berkeluh-kesah.

Masa semakin suntuk , namun server semakin lembab. Berputar seperti roda, malah berulangkali meminta pengguna log in semula.

Ada guru yang berjaya memasukkan markah, itupun setelah bersengkang mata seawal jam 1 pagi hinggalah jam 5 pagi.

 Saya tidak terkecuali.

Di laman facebook, bertali arus keluh kesah dan luahan rasa menyatakan kekecewaan terhadap sistem. Yang 'menariknya', guru yang akaun fb nya tidak aktif, tiba-tiba muncul gara-gara SPPBS.

Saya sendiri telah menerima satu pesanan ringkas  (SMS) daripada seorang suami yang prihatin dengan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh isterinya. Si isteri menangis kerana SPPBS! Masya-Allah.... Saya turut terharu dan simpati, namun, saya juga mengalami masalah yang sama. 

Secara peribadi, saya sangat menyokong PBS di sekolah. Jika dihayati dan diamati serta diperhalusi, PBS adalah lebih baik dan adil berbanding 'exam oriented'.  

Namun,  manfaat dan kebaikannya telah dicemarkan oleh sistem online yang kurang efisyen.

Saya berharap, jika Pihak Lembaga Peperiksaan membaca coretan saya ini, kami para guru mohon dipanjangkan tempoh pengisian markah , sementara pihak lembaga memperbaiki urusan server.

Saya berkeyakinan tinggi, masalah ini dapat diselesaikan sepertimana SAPS , ketika mula-mula diperkenalkan turut menghadapi masalah yang sama. Dan Alhamdulillah, SAPS sudah di upgrade malah sangat banyak manfaatnya kepada para guru dan pengurusan sekolah.

Mudah-mudahan!  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...