Memaparkan catatan dengan label Cerita Saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Saya. Papar semua catatan

16 Okt 2014

Bahan Teknik Menjawab Pendidikan Islam PT3




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada semua sahabat rakan Guru Pendidikan Islam yang dihormati, 


Pertama sekali saya ingin memohon jutaan kemaafan kerana sudah lama tidak update tulisan di sini. Selain tanggungjawab dan tugasan yang bertambah, saya terlibat dalam aktiviti penulisan buku  sejak tahun lalu. 

Alhamdulillah setelah genap setahun  bertungkus-lumus menyiapkan manuskrip dan kerja-kerja semakan , buku sulung saya berjaya diterbitkan. 

"Bateri Jantung Haiqal"


Boleh klik sini untuk makluman lanjut.

Manakal e-book sulung saya telah diterbitkan oleh Perbadanan Kota Buku pada awal tahun yang lalu.






Sila klik sini untuk preview.


Alhamdulillah, Allah berikan peluang dan ruang untuk saya menulis dan berkarya.

Untuk pengetahuan rakan guru, saya tidak lagi mengajar menengah rendah tahun ini. Jadi saya tidak lagi membina bahan dan modul yang berkaitan dengan PT3. Bahan-bahan PBS  pula sudah tidak relevan kerana tidak mengikut format PT3 yang digariskan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

Namun begitu, sebagai menghargai sokongan rakan guru Pendidikan Islam yang setia mengunjungi blog ini, saya akan berusaha mendapatkan bahan dan maklumat yang berkaitan dengan PT3 untuk perkongsian bersama,Insya-Allah.



Untuk mendapatkan Power Point Teknik Menjawab PT3 (sebagai persediaan pelajar Tingkatan Satu dan Dua) , sila klik di sini.

Terima kasih jazakillah khairan jaza' diucapkan kepada Ustazah Hajah Badriyah Guru Cemerlang Jusa C dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durrah ,Negeri Sembilan yang sudi berkongsi bahan tersebut untuk rujukan kita bersama.

Insya-Allah, bahan KBAT akan menyusul.

Doakan kesejahteraan dan kesihatan buat saya, ok.

~ Dunia jambatan akhirat~



15 Mei 2013

Cap PBS

Assalamualaikum w.b.t.

Lama saya diam. Walhal banyak benda yang nak dikongsi. Bagaimana PBS ustaz/ ustazah? Lancar? Begitulah hendaknya. Amin ya rabbal 'alamin...

Hari ini saya nak kongsi tentang CAP PBS.

Mungkin ada yang dah buat, syabas diucapkan. 

Bagi yang masih tiada idea untuk membuat cap PBS sendiri, mungkin entri kali ini dapat membantu anda.

Cap yang besar.

Dalam bahagian catatan, saya tulis (contoh): 

Jika yang menguasai:

 Syabas, teruskan usaha anda untuk mencapai band 4. 

Jika yang belum mencapai tahap, saya tulis:

Teruskan usaha. Anda pasti boleh! 

Cap kedua, lebih kecil.




Yang besar, biasanya saya cap kat kertas test pad. Yang kecil,saya cap dalam buku latihan atau modul. :)

Yang besar, saya tempah RM20. Manakala yang kecil, harganya RM16.

Seronok juga cap-cap ni. Macam nak pos surat. :)

~ Seronok mengajar, seronok belajar~


 

23 Apr 2013

Bahaya Instrumen Cetak Rompak

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua rakan guru? Moga-moga kita semua tetap semangat meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak bangsa.

 Ampun maaf saya pohon, kerana sudah lama tidak berkongsi bahan dan maklumat di sini. 

Untuk pengetahuan rakan guru, jadual aktiviti saya agak penuh (boleh rujuk 'Aktiviti Saya'). Selain aktiviti sekolah dan Kementerian, kini saya sedang menyiapkan manuskrip buku cerita untuk diserahkan kepada penerbit Oxford Fajar, penghujung Mei ini. Jadi, jadual saya memang padat. Namun, saya akan tetap berusaha untuk 'mencuri masa' menulis di sini. Insya-Allah. 



Semua orang sibuk, mudah-mudahan terselit juga manfaat dan barakah dalam kesibukan itu

Belakangan ini, saya lihat ramai rakan-rakan guru fotostat instrumen daripada buku-buku rujukan

Ketika saya menghadiri Kursus Penulisan tahun lalu, kami dimaklumkan perbuatan mencetak seperti itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah HARAM juga.

 
Jauhi cetak rompak

Bayangkanlah, para penulis bersengkang mata menyiapkan bahan mereka, dan kita dengan mudah fotostat untuk kegunaan anak-anak didik. 

Alasan kita : Pengetua tidak mengizinkan  pelajar beli buku kerja.

Beberapa tahun sebelum ini, ada sebuah penerbit sebuah buku bacaan untuk Tadika, mendapati buku mereka tidak mendapat sambutan seperti   tahun-tahun sebelumnya. Mereka mendapati buku-buku tersebut telah difotostat. Maka, mereka telah pergi ke setiap kedai fotostat untuk mendapatkan maklumat pelanggan. Hasilnya? Para guru ini telah disaman kerana jenayah cetak rompak.

Di kesempatan ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan semua rakan pembaca,  berhentilah  fotostat bahan rujukan berdaftar. 

Lahirkanlah anak murid yang bukan sahaja cerdik pandai malah  menjaga adab  dan kelakuan mereka kerana ilmu yang diberkati. Wallahu a'lam.


" Selamat Hari Buku dan Hakcipta Sedunia "

 
~ Guru beradab, anak didik terdidik ~

14 Feb 2013

Band : Alahai Cikgu!

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Saya harap semua rakan guru ustaz dan ustazah sihat sentiasa. Kali ini saya hanya ingin berkongsi cerita tentang band. Saya teringat akan suatu situasi pada bulan lalu, iaitu situasi 'yang tidak diingini' telah berlaku.

Kebetulan, ketika itu saya berada di sebuah sekolah rendah, dan kelihatan seorang guru sedang mengajar kelas Tahun 1.

Saya ternampak ada beberapa orang murid Tahun 1 sedang berdiri.

" Awak ni, itu pun tak tahu! Kalau macam ni, Band 1 pun tak lepas!" Suara guru yang kuat, tembus ke dalam  corong telinga  saya, lalu tembus ke dalam hati.  
Tidak semena-mena, saya rasa sakit telinga, dan sakit hati.

Allahu akbar!

Persekolahan baru bermula dua minggu. Ketika murid Tahun 1 baru melangkah dunia baharu, hari ceria mereka dirobekkan dengan band yang entah apa-apa diomelkan guru.

Kasihan!

Mereka baru menyarung uniform sekolah rendah, mula ditinggalkan di sekolah lebih lama dari tahun sebelumnya, terpaksa belajar membeli makanan sendiri di kantin, malah terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu,  tapi kini, mereka dibentakkan dengan band pula!

Saya berharap, para guru usahlah begitu... .
Bayangkan jika anak kita yang masih kecil, yang baru ingin memulakan langkah baru di alam persekolahan, melalui pengalaman sebegitu. 
Tentu sedih, bukan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...