Memaparkan catatan dengan label PBS T1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBS T1. Papar semua catatan

15 Apr 2014

Tambahbaik PBS: Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua rakan guru? Didoakan agar semuanya sihat dan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa.

Setelah beberapa isu pendidikan selesai dibahas dan dibentangkan di peringkat atasan, maka PBS telah ditambahbaik.


Sehubungan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid  untuk semua subjek sebagai panduan para guru untuk mentaksir murid. 





Secara peribadi, saya melihat panduan ini lebih mudah diikuti, ringkas dan padat kandungannya.

Terdapat 3 lajur yang mengandungi bidang/ tajuk, Band dan Deskriptor.

Contoh bahagian Tilawah (Bacaan)Tingkatan 1




Untuk memuat turun bahan terkini daripada Lembaga Peperiksaan, sila klik pautan di bawah.










~ SEMOGA BERMANFAAT~



3 Okt 2013

Soalan Akhir Tahun PBS Pendidikan Islam




Assalamualaikum w.b.t.

Dalam minggu ini, banyak pesanan yang saya terima melalui e-mel, fb dan aplikasi whatsapp , bertanyakan tentang soalan akhir tahun PBS Pendidikan Islam.

Apabila membaca satu demi satu pesanan daripada rakan guru ustaz ustazah, terkadang membuatkan saya tersenyum sendiri. Masakan tidak, dengan ayat pelbagai ragam, mencuit hati dan perasaan.

"Ustazah, sila e-melkan soalan akhir tahun PBS Tingkatan 1 kepada saya."

Gulp! 

Saya semak kembali alamat pengirim, yang saya sangkakan Pengetua saya. Rupa-rupanya bukan. Aduh, lega!   >.<

Bermacam-macam pesanan  yang saya baca, sehingga mendorong saya untuk menulis entri ini.

Untuk pengetahuan rakan guru sekalian, tahun ini saya hanya mengajar Tingkatan 1 Pendidikan Islam. Sejujurnya, pada ketika ini, saya sendiri sedang bertungkus-lumus menyiapkan soalan untuk akhir tahun yang bakal berlangsung hujung bulan ini. 

~*~*~*~*~*~*~

Persoalan pertama: 
Apakah format yang mahu digunakan?

Terpulang kepada pihak sekolah. Jika tujuan untuk streaming kelas tahun hadapan, markah diperlukan. Cara ini dianggap sebagai peperiksaan dalaman dan memudahkan para guru untuk mengira peratus murid.

Persoalan kedua:
Mahu tulis band atau markah?

Bergantung kepada guru subjek/ guru pentaksir. 
Jika mahu mentaksir mengikut DSP, letakkan band. Manakala markah boleh disertakan bagi memudahkan pengiraan pencapaian murid.

Persoalan ketiga:
Bagaimana mahu membina soalan PBS aras tinggi dan aras rendah mengikut  DSP?

Untuk perhatian rakan guru ustaz ustazah, soalan yang dibina bertujuan untuk menguji kefahaman murid. Sekiranya murid boleh menjawab, bermakna murid tersebut menguasai. 

Evidens adalah sama antara murid cemerlang dengan yang sederhana. Namun, kaedah pembinaan item dapat menjadikan soalan tersebut sukar dijawab ataupun mudah.

Sebagai contoh: 

B2D10E2: Menyatakan anggota wuduk
               Menyenaraikan rukun wuduk

Aras tinggi (murid cemerlang)

Senaraikan anggota wuduk.
Senaraikan rukun wuduk satu-persatu.

* lebih kurang format PMR

Aras rendah (murid sederhana dan lemah)

Tandakan ( /) pada anggota wuduk.

(   ) muka       (    ) kaki        (   ) mulut    (  ) telinga

(   ) tangan     (    ) sebahagian kepala


* Ini sebagai sebagai contoh. Kalau rajin dan ingin nampak lebih menarik, letak gambar. 


* Sediakan pilihan jawapan bagi murid sederhana dan lemah. 


Persoalan keempat:
Apakah tajuk yang perlu diuji/ ditaksir?

Untuk pentaksiran akhir tahun ini, dicadangkan  tajuk semester dua. 
Ataupun lebih baik ditaksir mana-mana tajuk yang belum ditaksir lagi.

Persoalan kelima:
Berapa jam diperuntukkan untuk menjawab?

Terpulang kepada pihak sekolah. Sekolah saya tetapkan 2 jam untuk Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, kita kena pastikan soalan yang dibina itu, sesuai dengan peruntukan masa menjawab yang diberikan.

Persoalan keenam:
Bagaimana dengan penyerapan KBAT / HOTS  dalam soalan? 

Masukkan beberapa soalan KBAT / HOTS , terutamanya pada band yang tinggi. 

Contoh:
B5D4E1: Mengaplikasikan wuduk dalam kehidupan seharian dan mengamalkan  adab ketika berwuduk.

Pada kebiasaannya, saya akan berwuduk apabila:
-
-
-
 (Jawapan tiada had. Lagi kerap pelajar berwuduk dalam menjalani rutin seharian, bermakna dia telah mengaplikasikan wuduk dalam kehidupannya.)

Anda berwuduk dengan menjaga adab-adab berwuduk. Jelaskan kesannya pada diri anda. 

Persoalan ketujuh:
Ustazah dah siap soalan ke belum?

Ops. Masih belum. Hihihi
 
 
 Sekiranya rakan guru ustaz ustazah JUK , JUN , JUD dan  JUS ada penambahbaikan  atas maklumat di atas, mohon maklumkan kepada saya.
 
Semoga kita dapat bantu-membantu dalam urusan yang diredhai Allah.
 
 
~ Bersusah-susah dahulu , kerana syurga itu manis~
 
 
 






2 Jul 2013

Rekod Pelaksanaan PBS - Senarai Semak PBS Pendidikan Islam T1



Assalamualaikum w.b.t

Saya menerima email daripada teman seperjuangan.
 Beliau ingin berkongsi  bahan iaitu Rekod Pelaksanaan PBS Tingkatan 1. Saya sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Azimah dari SMK Taman Melati, Kuala Lumpur. 

Semoga perkongsian beliau ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Jazakillah ya ustazah! :)

Rekod Pelaksanaan PBS T1/ Senarai Semak 

10 Mac 2013

Borang Transit Pendidikan Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Berita baik untuk semua rakan guru ustaz dan ustazah.

Alhamdulillah, saya telahpun berjaya menyiapkan Borang Transit Tingkatan 1 mengikut DSP edisi tambahbaik.



DSP edisi tambahbaik memang lebih baik, bagi pendapat saya.

Untuk Tingkatan 1, hanya ada 19 Deskriptor dan 87 evidens sahaja. 

Edisi lama, 20 Deskriptor dan 160 evidens. 
Evidens yang ditaksir benar-benar praktikal dan hanya melibatkan tajuk-tajuk yang dapat dinilai dengan telus oleh para guru.

Sebagai contoh, Band 6, Bahagian Ibadah , hanya ada satu evidens iaitu melakukan perlakuan wuduk dengan sempurna dan boleh dicontohi. 

Manakala, rakan saya iaitu Ustazah Ummi Kalthum Bt. Mohd Rais , dari SMK Bangsar juga telah berjaya menyiapkan Borang Transit Tingkatan 2 mengikut DSP edisi tambahbaik.

Kredit untuk beliau, walaupun tidak mengajar Tingkatan 2, beliau sanggup untuk sama-sama membantu. 

Jazakillah khairan jaza' :) 





Ayuh teruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa.



8 Mac 2013

Senarai Semak Evidens Tingkatan 1 P.Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya rasa bersyukur dan berbangga kerana telah menerima email daripada seorang rakan guru yang ingin berkongsi bahan yang telah beliau bina. 

Kredit untuk Ustazah Nur 'Atiqah Bt. Rahmat, dari SMK Convent Teluk Intan, Perak. 

Allah Ta'ala sahaja yang layak membalas jasa baik puan ustazah.

Klik di sini :



~ Amal Jariah , Bekalan Akhirat ~

24 Feb 2013

Dokumen Standard Pentaksiran PI T1~ Sebarkan!

Assalamualaikum w.b.t

Rakan-rakan guru  yang dikasihi Allah,

Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pendidikan Islam Tingkatan 1 yang terbaru, edisi tambahbaik, telahpun disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

Selain  Pendidikan Islam Tingkatan 1, terdapat subjek lain turut ditambahbaik iaitu: 

  • Bahasa Cina
  • Bahasa Iban
  • Pendidikan Muzik 
  • Pendidikan Mora   
* ditambahbaik pada Februari 2013
 

Bahan tersebut boleh dimuat turun dari 

Untuk Pendidikan Islam, sila klik di sini.


~Semoga bermanfaat~


16 Jan 2013

RPT Pendidikan Islam Ting 1 + PBS



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) Pendidikan Islam Tingkatan 1 beserta band. 

Kredit untuk Ustazah Norsuzilawani Bt. Jaafar dari SMK Aminuddin Baki dan
 Ustazah Noor Azimah dari SMK Taman Melawati.

Jazakumullah khairan jaza'.

"The more you give, the more you get, in shaa Allah."
 
Buat rakan guru ustaz ustazah sekalian, semoga bermanfaat!


Klik di sini:

12 Jan 2013

Dokumen Standard Prestasi P. Islam Tingkatan 1


 Klik sini:

DSP PBS PI T1




11 Jan 2013

Instrumen PBS T1 Pendidikan Islam : Tilawah



Assalamualaikum w.b.t

Ini contoh yang saya buat...




klik sini untuk lembaran  penuh

Intrumen contoh tilawah T1 PBS


9 Jan 2013

Borang Transit PBS Pendidikan Islam Tingkatan 1 Terkini

Assalamualaikum w.b.t


Rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian, saban hari saya menerima banyak permintaan untuk penghantaran email memohon Borang Transit ini. 

Saya telahpun muat naik di blog ini, ( sila lihat bahagian bawah, kanan), namun, masih ramai yang gagal untuk muat turun, dan saya belum mengenalpasti masalahnya.

Saya pohon maaf kerana tidak sempat menghantar email kepada semua yang berhajat

Saya cuba pautkan di sini , dan berharap rakan-rakan guru dapat muat turun dengan mudah. Harap cara ini berkesan.

In shaa Allah, dari semasa ke semasa , saya akan mempertingkatkan kemahiran IT saya agar bahan-bahan yang saya ada dapat dimanfaatkan bersama-sama anda.

Doakan saya , ok!

 Sila beri maklum balas, sekiranya anda berjaya memuat turun borang ini di sini.

Klik:



~ Semoga berjaya ~

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...