20 Jul 2012

Borang Transit PBS Tingkatan 1 Pendidikan Islam

Assalamualaikum wbt

Saya telahpun menyiapkan Borang Transit PBS mengikut bidang iaitu Tilawah, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. 

Kepada rakan guru yang masih belum mempunyai Borang Transit tersebut, silalah muat turun di kolum sebelah kanan (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).



Borang tersebut bertujuan untuk merekod band murid setelah pentaksiran dijalankan. 


Apabila Sistem Operasi PBS dibuka, baharulah rekod tersebut dipindahkan ke dalam sistem. 

Merekod dalam Borang Transit merupakan langkah selamat supaya guru tidak lupa tahap pencapaian murid masing-masing sementara belum dimasukkan ke dalam sistem. 

Borang Transit PBS juga merupakan suatu dokumen yang akan dipantau oleh pihak pentadbir atau JPN sebagai bukti guru telah melaksanakan PBS kepada murid.

~ Fikirkan mudah, Insya-Allah mudah jadinya ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...