14 Feb 2013

Band : Alahai Cikgu!

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Saya harap semua rakan guru ustaz dan ustazah sihat sentiasa. Kali ini saya hanya ingin berkongsi cerita tentang band. Saya teringat akan suatu situasi pada bulan lalu, iaitu situasi 'yang tidak diingini' telah berlaku.

Kebetulan, ketika itu saya berada di sebuah sekolah rendah, dan kelihatan seorang guru sedang mengajar kelas Tahun 1.

Saya ternampak ada beberapa orang murid Tahun 1 sedang berdiri.

" Awak ni, itu pun tak tahu! Kalau macam ni, Band 1 pun tak lepas!" Suara guru yang kuat, tembus ke dalam  corong telinga  saya, lalu tembus ke dalam hati.  
Tidak semena-mena, saya rasa sakit telinga, dan sakit hati.

Allahu akbar!

Persekolahan baru bermula dua minggu. Ketika murid Tahun 1 baru melangkah dunia baharu, hari ceria mereka dirobekkan dengan band yang entah apa-apa diomelkan guru.

Kasihan!

Mereka baru menyarung uniform sekolah rendah, mula ditinggalkan di sekolah lebih lama dari tahun sebelumnya, terpaksa belajar membeli makanan sendiri di kantin, malah terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu,  tapi kini, mereka dibentakkan dengan band pula!

Saya berharap, para guru usahlah begitu... .
Bayangkan jika anak kita yang masih kecil, yang baru ingin memulakan langkah baru di alam persekolahan, melalui pengalaman sebegitu. 
Tentu sedih, bukan?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada pesanan atau komentar?
Sila taip di sini ya... :) Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...