2 Okt 2013

Kursus Penataran PBS Pendidikan Islam Tingkatan 3 : PPD Hulu Langat



Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua rakan guru ustaz ustazah ?
Nampaknya masa kian pantas berlari. Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Oktober.

Pada 18 September hingga 21 September 2013 yang lalu, Kursus Penataran PBS Pendidikan Islam Tingkatan 3, Daerah Hulu Langat telahpun dilaksanakan dengan jayanya.

Memandangkan saya 'orang baru' di Daerah Hulu Langat, saya rasa sangat seronok dan teruja kerana dijemput hadir kerana selain dapat menambah dan berkongsi ilmu, secara tidak langsung  jaringan silaturahim sesama GPI  dapat dijalinkan. 

Semua peserta sangat memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.  Alhamdulillah.

Terima kasih jazakumullah kepada En. Amiluddin (PPD Hulu Langat), Ustazah Eita Nazira (JUD-GC PI SAAS) , Ustaz Mohd Anas dan Ustazah Fadzriyah (JUK PBS) yang turut turun padang bagi menyampaikan maklumat tentang PBS.

Semoga segala input dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah masing-masing. Insya-Allah.

Jom kita tengok gambar. :)

Ustazah Eita Nazira




En. Amiluddin


Ustazah Fadzriyah






Saya 'CikMa' ;)









Ustazah Aisyah sedang membentangkan hasil kumpulannya.



Antara rakan baharu saya :)


~ Ukhuwah Fillah, sama-sama mencari redha Allah~




6 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustazah...saya ingin bertanya bagaimana ustazah melaksanakan Hadis tingkatan 1 (B4D4E1) = (Membuat kajian tentang galakan menuntut ilmu) Apakah bentuk instrumen dan cara pelaksanaan yang kita boleh suruh murid laksanakan untuk membuat kajian tentang menuntut ilmu. Mohon dikongsi bersama-sama. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam ustaz/ustazah yang berdedikasi,

      Untuk B4D4E1 , saya meminta murid menyediakan satu folio bertajuk : Galakan Menuntut Ilmu.

      Saya memberi garis panduan iaitu:

      * Muka hadapan : Tajuk, Nama Pelajar, Tingkatan, Mata pelajaran, B4D4E1
      Nama guru dan tarikh

      1. Penghargaan

      2. Pendahuluan

      3. Hadis : ughdu 'aaliman...... (ms 85)

      4. Kupasan hadis : Hadis di atas menerangkan.......

      5. Kepentingan ilmu

      6. Ciri-ciri orang yang berilmu

      7. Ciri-ciri ilmu yang berguna

      8. Contoh cendiakawan Islam

      9. Cara memperoleh ilmu

      10. Rumusan.: Daripada projek folio ini, saya..........

      Saya beri pilihan sama ada mahu tulis tangan atau taip.
      saya beri tempoh 2 minggu untuk siapkan.

      harap dapat menjawab persoalan ustaz/ ustazah :)

      Padam
    2. Terima kasih ustazah kerana sudi berkongsi. Mungkin saya dapat laksanakan pada tahun hadapan kerana sekarang ni kita sudah berada di penghujung tahun. Untuk tahun ini saya minta murid membuat soal selidik berkaitan hadis secara berkumpulan dan membuat rumusan soal selidik tersebut dalam bentuk graf atau carta. Syukran jazilan sekali lagi.

      Padam
  2. شكرا على كل شئ

    BalasPadam
  3. Salam ustazah, ada contoh rpt tingkatan 3 tak? yang ada pbs sekali. maksud sy, yang mendahulukan tajuk2 pbs...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ustazah boleh tak sya nk brtanya..bgaimana nk m'buat forum ting.3 yg brtajuk keimanan kpd Allah dn rasul menjamin kebahagiaan dan kejayaan hidup..

    BalasPadam

Ada pesanan atau komentar?
Sila taip di sini ya... :) Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...