21 Mei 2013

SPPBS: Daftar Murid

Assalamualaikum w.b.t

Sudahkah rakan guru semua mula mengetik SPPBS?

 Buat kali pertama yang akan menghadap SPPBS, saya akan membantu anda untuk menyempurnakan tugasan di laman SPPBS insya-Allah.

1. Taip alamat SPPBS : http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/index.cfm 

(Sila gunakan Internet Explorer untuk kelancaran proses mengetik )



2. Pilih kategori anda. 
( Hijau sekolah rendah, biru sekolah menengah) 

Isikan nama login dan kata laluan. 

(untuk pengguna pertama, kata laluan akan diberi oleh SU PBS sekolah anda)


 3. Daftar murid.

1. Klik murid. Klik Daftar Mata Pelajaran. 2. Isikan butiran. 3. Klik Cari

Lepas klik Cari, akan keluar paparan begini.

Semua nama ada tanda /

4. Pilih murid untuk didaftarkan
Klik pada nama pelajar yang tidak mengambil Pendidikan Islam (Non-Muslim), kemudian klik Daftar.




Yang bertanda / cair, bermakna sudah didaftar.
Yang bertanda / pekat,  bermakna belum didaftar. (abaikan)

Itu sahaja.

Sekiranya ketika mengisi prestasi, nama pelajar tiada, kemungkinan besar, pelajar tersebut belum didaftarkan. (terlepas pandang)

Jadi, rakan guru perlu daftarkan murid tersebut dengan mengulang langkah 3. 

~ Selamat mendaftar murid ~

  

  

7 ulasan:

  1. menyusahkan.. semalam boleh login,, hari ni "login tiada dalam sistem". tek guna punye sistem.... camne nak siap.. nak buat perubahan tapi tak upgrade kan sistem dulu.. menyusahkan betul...

    BalasPadam
  2. kejap boleh login..kejap x..mmg keje xkan siap..keja cikgu bwk balik smpi ke rumah..cuti pun xtenang..menyusahkan betul..

    BalasPadam
  3. Bila ore ada taim nak buat, system tak bagi,. jangan dalam masa cuti nanti, beru nak suruh ore key in band-band budak budak. Aku memang tak sanggup buat kerja yang bodoh nie! Suruh ore PBS siapkan kerja-kerja yang x dpt disiapkan ole guru-guru! Allah yang tahu sape betul!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Skrg buke sppbs, ore kementerian nak perkenalkan 1 system bodoh lagi iaitu Fail PBPPP yg entah apa-apa yang habis masa guru-guru. Jika duit x de, jangan bagi guru-guru naik pangkat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju dengan cakap mu, jika tiada duit, x payah naik pangkat guru-guru, x payah perbodoh-bodohkan guru.

      Padam
  5. aku rasa malaysia ni kecik jer. sepatutnya sistem ini tak menjadi masalah walaupun semua guru seluruh malaysia nk key in dalam satu masa. kerajaan kenalah melebarkan lagi jalur lebarnya. sebagaimana negara-negara maju yang penduduknya lebih padat. jangan tiru sistem pendidikan jer kenalah tiru sekali sistem ictnya, bagaimana mereka menyelesaikannya sebab mereka telah lama menjalankan sistem ini. INGAT?? ini sudah tahun ke 2, masalah yg sama berlaku jua. berapalama lagikah pelajar kita nak di jadikan bahan UJIKAJI?? kesian pelajar yang terlibat!

    BalasPadam

Ada pesanan atau komentar?
Sila taip di sini ya... :) Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...