29 Jun 2012

Teknik Penyoalan Berkesan

Assalamualaikum wbt

Setiap kali masuk ke dalam kelas, kita pasti akan bertanya kepada murid soalan-soalan yang berkaitan dengan P&P.

Namun, adakah kita pasti bahawa teknik penyoalan kita itu  berkesan atau tidak?

Berikut saya senaraikan teknik  penyoalan yang berkesan:

Langkah 1 : Taburkan soalan kepada semua murid.

Langkah 2 : Selepas kira-kira satu minit, barulah kita menyebut nama murid yang hendak disoal.

Langkah 3 : Sekiranya murid tidak dapat menjawab,
beri bantuan dengan memecahkan persoalan agar murid mendapat  bayangan atau klu. Jangan menjatuhkan maruah dan semangat murid dengan perkataan yang tidak-tidak.

Langkah 4 : Bertanya sekiranya ada murid lain yang sukarela ingin menjawab.

Langkah 5 : Minta murid pertama tadi mengulang jawapan murid kedua dengan tepat.

Langkah 6 : Ucapkan kata-kata pujian dan terima kasih kepada murid pertama dan kedua  dengan penuh semangat dan persilakan mereka untuk duduk.
Sebut soalan terlebih dahulu, kemudian baru sebut nama murid


Sekiranya kita menyebut nama murid diikuti dengan soalan, maka murid lain akan mendengar sambil lewa sahaja kerana mereka sudah tahu bahawa mereka 'terselamat'.

Tujuan memberi masa supaya murid dapat berfikir jawapan yang betul dan sesuai.

Selamat menyoal... .

~ Seronok mengajar, seronok belajar! ~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada pesanan atau komentar?
Sila taip di sini ya... :) Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...