4 Sep 2012

Cara Masukkan Prestasi PBS Tingkatan 1

Assalamualaikum wbt


Bagi rakan guru yang baru pertama kali ingin login, di sini saya senaraikan  langkah demi langkah cara memasukkan laporan prestasi secara atas talian. 


1. Masuk laman sesawang PBS iaitu


2. Klik SEKOLAH MENENGAH


4. Isikan Nama Login dan kata laluan.

(Nama Login adalah nombor kad pengenalan, manakala kata laluan adalah kod yang diberi oleh SUP PBS sekolah masing-masing)


5. Isikan detail anda. Di bahagian inilah anda akan menukar kata laluan. Sesudah itu, Klik KEMASKINI


6. Akan keluar paparan ini. Klil MURID - daftar  murid mata pelajaran. (atas kiri)



7. Pilih nama murid anda. Jika bukan , klik untuk memadamkannya. Semak dan Klik DAFTAR


8. Klik  KEMASUKAN PRESTASI. Isikan ruangan kosong dan Klik CARI





9. Paparan Band dan nama murid akan keluar. Klik pada band murid . Semak dan Klil SIMPAN.

10. Setelah selesai, klik KELUAR di bahagian atas kiri. 


Selamat 'mengklik'.

~ Jadikan kerja sebagai ibadah, tugas yang renyah tiada gundah~






20 Jul 2012

Borang Transit PBS Tingkatan 1 Pendidikan Islam

Assalamualaikum wbt

Saya telahpun menyiapkan Borang Transit PBS mengikut bidang iaitu Tilawah, Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. 

Kepada rakan guru yang masih belum mempunyai Borang Transit tersebut, silalah muat turun di kolum sebelah kanan (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).



Borang tersebut bertujuan untuk merekod band murid setelah pentaksiran dijalankan. 


Apabila Sistem Operasi PBS dibuka, baharulah rekod tersebut dipindahkan ke dalam sistem. 

Merekod dalam Borang Transit merupakan langkah selamat supaya guru tidak lupa tahap pencapaian murid masing-masing sementara belum dimasukkan ke dalam sistem. 

Borang Transit PBS juga merupakan suatu dokumen yang akan dipantau oleh pihak pentadbir atau JPN sebagai bukti guru telah melaksanakan PBS kepada murid.

~ Fikirkan mudah, Insya-Allah mudah jadinya ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...