3 Feb 2013

Cara Menentukan Band PBS Pendidikan Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Saya pasti , tahun ini tentu lebih ramai ustaz dan ustazah yang terlibat dengan PBS, sama ada bagi Tingkatan 1 mahupun Tingkatan 2. 

Memandangkan hanya wakil guru sahaja yang menghadiri Kursus Penataran PBS peringkat negeri, maka timbul  kemusykilan demi kemusykilan berkenaan PBS dalam kalangan pendidik.

Dengan sedikit kefahaman saya mengenai PBS, ( saya bukan JU Kebangsaan PBS atau JU Negeri ) saya akan cuba menerangkan secara mudah di sini. 

Semoga ustaz dan ustazah dapat menambah kefahaman dan mudah melaksanakan PBS di sekolah masing-masing. 
In shaa Allah.

~~~~~~~~~~~~~

Apa itu band?




Band seperti markah. Makin tinggi, makin baik. 

Untuk menentukan band yang dapat dicapai oleh murid, guru perlu kreatif dan perlukan sedikit usaha supaya murid dapat mencapai band tertinggi. 

Saya ambil contoh tajuk 
Ayat Kefahaman : Ayat 201 Surah Al-Baqarah (Tingkatan 1)

Band 1 : Cukup sekadar anggukan atau gelengan.
atau
Jawapan ya atau tidak.

B1D3E1 : Pernahkah anda berdoa? (Ya / Tidak )
                Sebab apa anda berdoa? 
                Jawapan pelbagai , contoh: 
  • Sebab nak minta hajat dengan Allah 
  • Sebab Allah berkuasa
  • Sebab tak tahu nak buat apa lagi, berdoa langkah terakhir
      ~ yang penting murid tahu  yang dia berdoa ada sebab.

Jika jawapan ya, dan ada sebab, kira lepas Band 1.


Untuk Band 1, boleh ditanya secara lisan sahaja. 
Adakalanya Band 1 dijadikan sebagai set induksi.

Band 2 :  Boleh nyatakan maksud ayat dengan betul.
Terpulang sama ada murid menulis atau menyatakan secara lisan.

B2D2E1 : Apakah yang anda faham tentang ayat ini? (lisan) 

Contoh jawapan: 
  • Kita mesti berdoa memohon hajat kepada Allah.
  • Minta kebaikan di dunia dan di akhirat. 
  • Minta Allah selamatkan kita daripada azab neraka.
Asalkan murid tahu maksud ayat secara keseluruhan, mereka sudah mencapai band 2.

Band 2 boleh disoal secara lisan mahupun secara bertulis.


Band 3: Boleh amalkan apa yang terkandung dalam ayat.
Guru boleh buat pemerhatian, soal jawab dan instrumen yang bersesuaian.

B3D3E1 : Jika murid selalu berdoa selepas solat, boleh dikira mereka mengamalkan amalan berdoa seperti yang dianjurkan dalam ayat.(galakkan murid selalu berdoa)


Band 4: Dapat menyatakan isi kandungan dengan betul

B4D3E1 : Suaikan ayat dengan isi kandungan  di bawah.



Jika murid berjaya suaikan semua dengan tepat, maka murid berjaya capai band 4.

Sekiranya jawapan murid ada yang salah, minta buat pembetulan semula.

Kemudian, barulah dikira mendapat Band 4.



Band 5 : Boleh amalkan dengan betul dan istiqamah.
Guru boleh lakukan pemerhatian.


Band 6 : Boleh amalkan dengan betul, istiqamah dan dicontohi.

Untuk band 6, jika murid boleh dicontohi oleh pelajar lain, seperti mampu membaca doa selepas solat berjemaah, dikira mencapai band 6.


Para guru hendaklah menggalakkan murid mengamalkan apa yang dipelajari, kerana murid bukan sahaja mendapat band yang tinggi, malah amalan yang berterusan dapat menjadikan murid sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Ingin saya tekankan di sini, contoh di atas adalah cadangan sahaja. Segalanya terpulang kepada ustaz dan ustazah untuk menentukan instrumen dan cara  mentaksir murid sendiri.

~ Selamat berjuang! ~




4 ulasan:

  1. salam...ada ustzah sek tanya kalo ayat bacaan tlawah camana ye

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalam ustazah sikinisma yang baik hati,

    Ayat tilawah:
    Band 1: Asalkan murid dapat ikut bacaan guru.
    Band 2: Murid membaca dengan bimbingan guru.(sama ada lancar, merangkak, atau tak boleh
    langsung.
    Band 3: Murid boleh membaca betul, dengan sendiri.
    Band 4: Murid boleh baca betul dan bertajwid.
    Band 5 :Murid baca betul, bertajwid, malah lancar.
    Band 6: Murid mampu baca dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih.

    Pendek kata: Untuk mentaksir tilawah Ayat Bacaan, kita hanya guna secara lisan/ syafawi. Untuk murid lemah , tetapkan ayat seperti ayat hafazan, sekurang-kurangnya sambil membaca, mereka dapat hafaz ayat hafazan dengan betul dan bertajwid.(tak perlu tukar ayat)

    Bagi murid yang langsung buta Al-Quran, galakkan murid capai sekurang-kurangnya Band 3.Beri tempoh, bulan demi bulan, in shaa Allah, biar Al-Quran dekat dengan murid.

    Yang sudah capai band 4 dan 5, galakkan mereka mantapkan bacaan, supaya dapat band 6.

    Band hanya tersurat, namun yang tersirat, kita mahu anak-anak boleh mengaji sendiri dan rapat dengan Al-Quran. Wallahu a'lam. :)

    BalasPadam
  3. bagaimana nak buat evidence murid?agak kabur.....lbih2 lg kalau buat scra lisan atau syafawi

    BalasPadam
  4. assalaam..cmne ustzh buat utk hafazan?

    BalasPadam

Ada pesanan atau komentar?
Sila taip di sini ya... :) Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...