Siapa Saya?

Assalamualaikum wbt


Saya  seorang guru Pendidikan Islam;
 pernah mengajar di  sebuah sekolah menengah murid lelaki selama 10 tahun , yang terletak di Kuala Lumpur. Telah berusaha mencekalkan hati untuk  mengajar semua tingkatan, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan berusaha memberikan pendidikan terbaik walau mengambil masa lebih sejam untuk tiba ke sekolah kerana berulang-alik dalam pemanduan 3J: jarak jauh dan  jem.

Kini, saya mengajar di Kajang, setelah 07 kali memohon pertukaran. Alhamdulillah, ditempatkan di sekolah menengah murid perempuan pula. 

Memang bercita-cita menjadi guru sejak azali lagi :) Namun sudah di 'upgrade' cita-cita itu dan berhasil menjadi Guru Cemerlang Pendidikan Islam sejak tahun 2010.
Menjawat jawatan sebagai seorang hamba Allah, isteri, ibu dan anak yang berusaha menjadi insan terbaik dalam mengejar redha-Nya.
Suka berkawan dengan orang yang cintakan Allah dan Rasul. 

Saya boleh dihubungi melalui email : ustazahmaryati@gmail.com
Anda juga dijemput singgah ke blog pertama saya : Puing - Puing Kehidupan yang menitipkan pelbagai kisah dan cerita kehidupan.
Terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung di blog saya ini. 
Semoga beroleh manfaat.

~ Setiap hari saya pasti  akan belajar sesuatu ~

Salam ukhuwah, membina ummah!


12 ulasan:

  1. tahniah kak, salam perkenalan, hari ni saya dipertemukan dgn insan y cintakan Allah n rasul. smg apa y ada diblog akak kredit utk k jannah, ni kira bahan2 dlm ni blh amik k?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Puan , salam ukhuwah daripada akak. apa yang ada di blog silakan ambil untuk manfaat dalam darjah :)

      Padam
  2. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  3. Terima kasih puan atas pengkongsian ilmu..saya juga guru pendidikan islam..moga boleh belajar lebih banyak lagi dari puan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustazah Rabiatul Adawiyah,Alhamdulillah, sama-sama kita..

      Saya juga masih banyak yang perlu dipelajari ...

      Padam
  4. assalamualaikum...tahniah kepada ustazah....byk bkongsi bahan dan pengalaman, sy ade download bahan2 dr blog ni....halalkan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam

      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Bahan yang ada, sememangnya untuk dikongsikan bersama :)

      Padam
  5. Assalamualaikum..saya baru terjumpa blog ini dan cuba padankan bahan untuk kesesuaian pbs kat sekolah kami. buntu sebenarnya. terima kasih kerana berkongsi bahan. Nak tanya, ustazah ni JU pbs ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam ustaz/ ustazah,

      Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini. Saya bukan JU PBS. :) Saya hanya mengajar Tingkatan 1 Pendidikan Islam di sekolah untuk tahun ini setelah menghadiri kurusus penataran peringkat negeri.

      Padam
  6. salam...tahniah ustazah blog yg banyak beri manfaat...saya cuba link dalam blog PBS Pendidikan Islam saya...bnyk koleksi bahan sepanjang jadi JU form1-3....insyaAllah segala manfaat dikongsi...wasalam...

    BalasPadam
  7. salam...tahniah ustazah blog yg banyak beri manfaat...saya cuba link dalam blog PBS Pendidikan Islam saya...bnyk koleksi bahan sepanjang saya mengajar ting 1 2013. RPH ting 1 tahun 2014 bila nak siap?....insyaAllah segala manfaat dikongsi...wasalam...

    BalasPadam

Ada pesanan atau komentar?
Sila taip di sini ya... :) Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...