23 Apr 2013

Bahaya Instrumen Cetak Rompak

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua rakan guru? Moga-moga kita semua tetap semangat meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak bangsa.

 Ampun maaf saya pohon, kerana sudah lama tidak berkongsi bahan dan maklumat di sini. 

Untuk pengetahuan rakan guru, jadual aktiviti saya agak penuh (boleh rujuk 'Aktiviti Saya'). Selain aktiviti sekolah dan Kementerian, kini saya sedang menyiapkan manuskrip buku cerita untuk diserahkan kepada penerbit Oxford Fajar, penghujung Mei ini. Jadi, jadual saya memang padat. Namun, saya akan tetap berusaha untuk 'mencuri masa' menulis di sini. Insya-Allah. 



Semua orang sibuk, mudah-mudahan terselit juga manfaat dan barakah dalam kesibukan itu

Belakangan ini, saya lihat ramai rakan-rakan guru fotostat instrumen daripada buku-buku rujukan

Ketika saya menghadiri Kursus Penulisan tahun lalu, kami dimaklumkan perbuatan mencetak seperti itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah HARAM juga.

 
Jauhi cetak rompak

Bayangkanlah, para penulis bersengkang mata menyiapkan bahan mereka, dan kita dengan mudah fotostat untuk kegunaan anak-anak didik. 

Alasan kita : Pengetua tidak mengizinkan  pelajar beli buku kerja.

Beberapa tahun sebelum ini, ada sebuah penerbit sebuah buku bacaan untuk Tadika, mendapati buku mereka tidak mendapat sambutan seperti   tahun-tahun sebelumnya. Mereka mendapati buku-buku tersebut telah difotostat. Maka, mereka telah pergi ke setiap kedai fotostat untuk mendapatkan maklumat pelanggan. Hasilnya? Para guru ini telah disaman kerana jenayah cetak rompak.

Di kesempatan ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan semua rakan pembaca,  berhentilah  fotostat bahan rujukan berdaftar. 

Lahirkanlah anak murid yang bukan sahaja cerdik pandai malah  menjaga adab  dan kelakuan mereka kerana ilmu yang diberkati. Wallahu a'lam.


" Selamat Hari Buku dan Hakcipta Sedunia "

 
~ Guru beradab, anak didik terdidik ~

19 Mac 2013

Evidens Pendidikan Islam



Assalamualaikum w.b.t.


Kelmarin, saya menerima email ini:

Terima kasih saya ucapkan kepada ustaz/ ustazah yang menghantar email tersebut.

Saya kagum dengan kesungguhan ustaz/ustazah yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan PBS. Allah pasti membuka jalan dan memberkati langkah ustaz/ustazah.

Sebelum saya menjawab persoalan di atas, saya ingin menjelaskan sedikit berkenaan evidens terlebih dahulu.

Apa itu evidens?

Evidens ialah bahan bukti penguasaan murid yang diuruskan secara sistematik
mengikut keputusan jawatan kuasa PBS.



Evidens terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Evidens murid

2. Evidens bahan

~~~

Evidens Murid:

Keupayaan sebenar murid.
- Apa yang murid tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan.


- Contoh : lisan, persembahan, lakonan, nyanyian, aktiviti fizikal dan sebagainya.
  

Evidens Bahan: 

- Apa-apa bukti produk atau proses yang dihasilkan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

- Boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.


- Contoh : penulisan, foto, grafik, artifak, bahan ICT, rakaman dan sebagainya. 

 
 Setelah merujuk dan berbincang bersama-sama  JU Kebangsaan , saya telah membina borang evidens murid untuk merekod pencapaian murid yang dijalankan secara syafawi, lakonan dan seumpamanya.

Contoh borang evidens murid untuk ayat bacaan, lisan, lakonan, pembentangan

Sebagai contoh, 

Tajuk: Tilawah: Ayat Bacaan
Perkara: Band 5, D1, E1.

 Di bahagian instrumen, saya tulis: 
Baca ayat 10 hingga 20 Surah Al-Baqarah.

Evidens:  Murid dapat membaca ayat dengan betul, bertajwid dan lancar.(ikut DSP B5D1E1)


   Untuk menjimatkan kos, saya telah photostat borang tersebut dua borang dalam satu A4. ;)

Jika ustaz / ustazah berminat untuk menggunakan borang ini, sila ambil dari Muat Turun di atas. 

Ianya gratis.  :)

~ Wahai Allah, cekalkan hati kami!~


10 Mac 2013

Borang Transit Pendidikan Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Berita baik untuk semua rakan guru ustaz dan ustazah.

Alhamdulillah, saya telahpun berjaya menyiapkan Borang Transit Tingkatan 1 mengikut DSP edisi tambahbaik.



DSP edisi tambahbaik memang lebih baik, bagi pendapat saya.

Untuk Tingkatan 1, hanya ada 19 Deskriptor dan 87 evidens sahaja. 

Edisi lama, 20 Deskriptor dan 160 evidens. 
Evidens yang ditaksir benar-benar praktikal dan hanya melibatkan tajuk-tajuk yang dapat dinilai dengan telus oleh para guru.

Sebagai contoh, Band 6, Bahagian Ibadah , hanya ada satu evidens iaitu melakukan perlakuan wuduk dengan sempurna dan boleh dicontohi. 

Manakala, rakan saya iaitu Ustazah Ummi Kalthum Bt. Mohd Rais , dari SMK Bangsar juga telah berjaya menyiapkan Borang Transit Tingkatan 2 mengikut DSP edisi tambahbaik.

Kredit untuk beliau, walaupun tidak mengajar Tingkatan 2, beliau sanggup untuk sama-sama membantu. 

Jazakillah khairan jaza' :) 





Ayuh teruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa.



8 Mac 2013

Senarai Semak Evidens Tingkatan 2 P. Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya rasa bersyukur dan berbangga kerana telah menerima email daripada seorang rakan guru yang ingin berkongsi bahan yang telah beliau bina. 

Kredit untuk Ustazah Nur 'Atiqah Bt. Rahmat, dari SMK Convent Teluk Intan, Perak. 

Allah Ta'ala sahaja yang layak membalas jasa baik puan ustazah.

Klik di sini :
 
 
~ Amal Jariah, Bekalan Akhirat~



Senarai Semak Evidens Tingkatan 1 P.Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya rasa bersyukur dan berbangga kerana telah menerima email daripada seorang rakan guru yang ingin berkongsi bahan yang telah beliau bina. 

Kredit untuk Ustazah Nur 'Atiqah Bt. Rahmat, dari SMK Convent Teluk Intan, Perak. 

Allah Ta'ala sahaja yang layak membalas jasa baik puan ustazah.

Klik di sini :



~ Amal Jariah , Bekalan Akhirat ~

24 Feb 2013

Dokumen Standard Pentaksiran PI T1~ Sebarkan!

Assalamualaikum w.b.t

Rakan-rakan guru  yang dikasihi Allah,

Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pendidikan Islam Tingkatan 1 yang terbaru, edisi tambahbaik, telahpun disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

Selain  Pendidikan Islam Tingkatan 1, terdapat subjek lain turut ditambahbaik iaitu: 

  • Bahasa Cina
  • Bahasa Iban
  • Pendidikan Muzik 
  • Pendidikan Mora   
* ditambahbaik pada Februari 2013
 

Bahan tersebut boleh dimuat turun dari 

Untuk Pendidikan Islam, sila klik di sini.


~Semoga bermanfaat~


14 Feb 2013

Band : Alahai Cikgu!

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Saya harap semua rakan guru ustaz dan ustazah sihat sentiasa. Kali ini saya hanya ingin berkongsi cerita tentang band. Saya teringat akan suatu situasi pada bulan lalu, iaitu situasi 'yang tidak diingini' telah berlaku.

Kebetulan, ketika itu saya berada di sebuah sekolah rendah, dan kelihatan seorang guru sedang mengajar kelas Tahun 1.

Saya ternampak ada beberapa orang murid Tahun 1 sedang berdiri.

" Awak ni, itu pun tak tahu! Kalau macam ni, Band 1 pun tak lepas!" Suara guru yang kuat, tembus ke dalam  corong telinga  saya, lalu tembus ke dalam hati.  
Tidak semena-mena, saya rasa sakit telinga, dan sakit hati.

Allahu akbar!

Persekolahan baru bermula dua minggu. Ketika murid Tahun 1 baru melangkah dunia baharu, hari ceria mereka dirobekkan dengan band yang entah apa-apa diomelkan guru.

Kasihan!

Mereka baru menyarung uniform sekolah rendah, mula ditinggalkan di sekolah lebih lama dari tahun sebelumnya, terpaksa belajar membeli makanan sendiri di kantin, malah terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu,  tapi kini, mereka dibentakkan dengan band pula!

Saya berharap, para guru usahlah begitu... .
Bayangkan jika anak kita yang masih kecil, yang baru ingin memulakan langkah baru di alam persekolahan, melalui pengalaman sebegitu. 
Tentu sedih, bukan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...