23 Apr 2013

Bahaya Instrumen Cetak Rompak

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua rakan guru? Moga-moga kita semua tetap semangat meneruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak bangsa.

 Ampun maaf saya pohon, kerana sudah lama tidak berkongsi bahan dan maklumat di sini. 

Untuk pengetahuan rakan guru, jadual aktiviti saya agak penuh (boleh rujuk 'Aktiviti Saya'). Selain aktiviti sekolah dan Kementerian, kini saya sedang menyiapkan manuskrip buku cerita untuk diserahkan kepada penerbit Oxford Fajar, penghujung Mei ini. Jadi, jadual saya memang padat. Namun, saya akan tetap berusaha untuk 'mencuri masa' menulis di sini. Insya-Allah. 



Semua orang sibuk, mudah-mudahan terselit juga manfaat dan barakah dalam kesibukan itu

Belakangan ini, saya lihat ramai rakan-rakan guru fotostat instrumen daripada buku-buku rujukan

Ketika saya menghadiri Kursus Penulisan tahun lalu, kami dimaklumkan perbuatan mencetak seperti itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah HARAM juga.

 
Jauhi cetak rompak

Bayangkanlah, para penulis bersengkang mata menyiapkan bahan mereka, dan kita dengan mudah fotostat untuk kegunaan anak-anak didik. 

Alasan kita : Pengetua tidak mengizinkan  pelajar beli buku kerja.

Beberapa tahun sebelum ini, ada sebuah penerbit sebuah buku bacaan untuk Tadika, mendapati buku mereka tidak mendapat sambutan seperti   tahun-tahun sebelumnya. Mereka mendapati buku-buku tersebut telah difotostat. Maka, mereka telah pergi ke setiap kedai fotostat untuk mendapatkan maklumat pelanggan. Hasilnya? Para guru ini telah disaman kerana jenayah cetak rompak.

Di kesempatan ini, saya menyeru kepada diri sendiri dan semua rakan pembaca,  berhentilah  fotostat bahan rujukan berdaftar. 

Lahirkanlah anak murid yang bukan sahaja cerdik pandai malah  menjaga adab  dan kelakuan mereka kerana ilmu yang diberkati. Wallahu a'lam.


" Selamat Hari Buku dan Hakcipta Sedunia "

 
~ Guru beradab, anak didik terdidik ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...