29 Jun 2012

Teknik Penyoalan Berkesan

Assalamualaikum wbt

Setiap kali masuk ke dalam kelas, kita pasti akan bertanya kepada murid soalan-soalan yang berkaitan dengan P&P.

Namun, adakah kita pasti bahawa teknik penyoalan kita itu  berkesan atau tidak?

Berikut saya senaraikan teknik  penyoalan yang berkesan:

Langkah 1 : Taburkan soalan kepada semua murid.

Langkah 2 : Selepas kira-kira satu minit, barulah kita menyebut nama murid yang hendak disoal.

Langkah 3 : Sekiranya murid tidak dapat menjawab,
beri bantuan dengan memecahkan persoalan agar murid mendapat  bayangan atau klu. Jangan menjatuhkan maruah dan semangat murid dengan perkataan yang tidak-tidak.

Langkah 4 : Bertanya sekiranya ada murid lain yang sukarela ingin menjawab.

Langkah 5 : Minta murid pertama tadi mengulang jawapan murid kedua dengan tepat.

Langkah 6 : Ucapkan kata-kata pujian dan terima kasih kepada murid pertama dan kedua  dengan penuh semangat dan persilakan mereka untuk duduk.
Sebut soalan terlebih dahulu, kemudian baru sebut nama murid


Sekiranya kita menyebut nama murid diikuti dengan soalan, maka murid lain akan mendengar sambil lewa sahaja kerana mereka sudah tahu bahawa mereka 'terselamat'.

Tujuan memberi masa supaya murid dapat berfikir jawapan yang betul dan sesuai.

Selamat menyoal... .

~ Seronok mengajar, seronok belajar! ~



Bedah Buku : Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Assalamualaikum wbt

Sudahkah anda membaca buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif ? 

Jika belum, saya amat mencadangkan agar rakan guru sekalian membeli dan membacanya.

Kandungannya amat bersesuaian dan boleh dijadikan panduan untuk seorang ibu atau bapa atau guru seperti kita.

Antara isi yang menarik perhatian saya ialah teknik memberi arahan cara berkesan dan teknik memberi pujian kepada anak-anak.

Selalunya kita hanya memberi arahan secara umum. 
Contohnya, " Saya nak awak tulis kemas-kemas."

Lebih berkesan jika ayat diikat dengan masa yang spesifik:
" Mulai esok, saya nak awak tulis kemas-kemas."

Pujian pula harus diungkapkan  terus selepas setiap kali anak atau murid membuat sesuatu perkara yang baik. Jangan bertangguh-tangguh.

Pujian akan menyebabkan anak atau murid akan terus melakukan perkara baik yang dipuji itu secara berulang-ulang , dan akhirnya hal tersebut akan menjadi tabiat dalam dirinya. Tabiat yang baik.


Banyak lagi ilmu yang terkandung dalam buku ini. 
Dapatkan segera selagi stok masih ada.

~ Bangsa Membaca Bangsa Berjaya ~


Seronok Mengajar , Seronok Belajar



Assalamualaikum wbt

Selamat datang ke blog saya yang kedua iaitu Seronok Mengajar , Seronok Belajar  selepas Puing-Puing Kehidupan .

Seronok mengajar, seronok belajar.

Objektif Blog : 
  1. Ingin berkongsi kaedah  pengajaran yang berkesan kepada murid-murid pewaris bangsa dan negara.
  2. Mengumpulkan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran  (P&P) dalam satu tempat untuk dimuat turun.
  3. Memberi motivasi dan nilai tambah kepada guru-guru junior untuk berjuang dalam dunia pendidikan. 
  4. Membuka ruangan perbincangan membina dalam kalangan guru.
  5. Membina jaringan silaturrahim sesama rakan guru.

Kumpulan Sasaran :

 Guru Pendidikan Islam
Bakal guru Pendidikan Islam
Guru di Malaysia

Harapan :

Memartabatkan profesion perguruan yang mulia dan membina modal insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat



Saya berdoa agar usaha murni yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua rakan guru. Sebarang cadangan dan perkongsian  bolehlah dipanjangkan kepada saya di alamat maksuecomel@gmail.com

Salam ukhuwah  membina ummah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...